KEJORA
1. Apakah itu KEJORA?
KEJORA adalah salah sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri Johor. Pembahagian wilayah meliputi 16% kawasan Negeri Johor dengan jumlah keluasan 300,111 hektar. Ianya terbahagi kepada 2 wilayah kecil iaitu Johor Tengah (149,009 hektar) dan Pengerang (151,356 hektar). Terletak di dua daerah iaitu Kota Tinggi (75%) dan Kluang (245%).
2. Mengapa Laman Web KEJORA diwujudkan?
Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Johor telah disediakan secara online dan KEJORA diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.
3. Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan KEJORA?
Umumnya, KEJORA boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.
4. Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?
Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal KEJORA tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi' di bahagian bawah setiap halaman.